Rabu, 31 Disember 2014

Cuti Ditambaaaahhh !! Yahuu ya beda bedu..

Allah.. kema terasa beku otak sekejap. sebab terlama tak update. eceh, macam lah rajin sangat kau update entry baru. ((yelah..mana ada sapa-sapa nak menghabiskan masa derang untuk baca entry aku.)) =P

Ahaaa.. ce tengok elok-elok tajuk entry kema hari ini. oh ya ya... Cuti Ditambah ! ((sapa suka?? Yeah,you're my geng !))


But, still feel sad and pity to others yang kena musibah banjir. Moga banjir surut dan membaik. Ini semua ujian Allah and all of us know that everything happens with reasons. So,sesiapa yang tak kena musibah banjir kenalah doa banyak-banyak. Yakinlah Allah akan dengar doa kita dan makbulkannya.. Aaminn. sebab kita tak mampu untuk bantu mereka yang jauh apatah lagi kema sendiri sebab masih muda ((bukan bangga ok)) senang cerita masih tak cukup umur lagi untuk menghulurkan bantuan. So, apa yang kita mampu hanyalah berdoa dan solat hajat agar musibah ni akan berakhir.

Lepas tu, untuk keluarga-keluarga mangsa banjir, kema harap Allah akan kuatkan hati mereka. Harap kasih sayang dan cinta mereka kepada Allah juga semakin mantap dengan dugaan ini. Aaminn.. Jangan putus berdoa dan again kepada kita-kita yang tak kena musibah banjir ni, we should do what we can for them. Doakan mereka. 

Terasa macam dah lari daripada tajuk entry je ni.. hmm.. takpelah, kadang-kadang bila dah tersalah, masih ada jalan untuk berpatah balik. Insyaa Allah,..

Hehe. Ok . Cuti Ditambah . Gila tak happy? ((sapa yang tak happy tu... something is wrong with u)) Alhamdulillah.. 
Finally, i'm back to the main point. Tadi tu mukadimah untuk sesiapa yang tak tahu cerita pasal ada orang yang kini terpaksa bersusah-susah mencari barang yang hilang, terpaksa menerima kehilangan orang tersayang dan sbgainya. Kepada kita yang masih belum sedar-sedar lagi, saya mohon sedarlah ! ((sedarlah untuk apa ni, kema??)) urm, sory.. tak tahu. emo. 

Walaupun cuti dah ditambah, hati still rasa tak lega. Sebab homework macam ..buat tak mau, tak buat mati.  So then, aku tak tahulah bila aku nak buat. ((hehe..takdelah.. tambah tolak darab bahagi peratuskan semua.. 50 % lagi tak siap.)) =D
Harap manusia lain takdelah macam kema ye? Sebab kema ni memang ada special penyakit sikit. Penyakit  M  A  L  A  S .

Penyakit ini sememangnya ada dalam diri orang-orang yang macam saya. kalau awak pun sama.. let's change. Niat dah ada. Tapi... ((jangan banyak beralasanlah kema)) okkkkkkkk... tak de apa2. Jom jom kita berubah. Moga Allah permudahkan . Esok menujulah kita semua ke tahun baru. Moga azam yang tahun ni dah tercapai ye? and.. kalau boleh kepada yang suka berazam banyak-banyak tu.. Jom buat '' solat lima waktu tepat waktu '' sebagai azam utama kita. Berat? Yup, kema sendiri rasa azam ni berat. Cubalah... insyaa Allah..

Done.. Assalamualaikum.

Selasa, 23 Disember 2014

All aBouT thE KiDs

Ya allah, terkadang tu kema rasa macam tahap kesabaran kema ni macam teramat-amat nipis ((boleh tak kalau nak cakap senipis kulit bawang?)) Rasa macam nak hempok-hempok budak-budak tu tau. Bukan apa.. ada je benda yang derang buat menyakitkan hati kema. 

Mungkin anak tunggal ni memang cenggini gamaknya. Yelah, sebelum ni duduk sesorang.. sekarang dah berorang-orang. Janganlah sampai dah ada anak nanti pun geram lagi dengan perangai budak-budak. ((hehe. kegatalan terserlah,))  

Bayangkan kalau korang nak buat homework yang memerlukan lappy, tapi derang dok sibuk nak main laptop . Yang paling tak tahan tu, bila kita nak mintak kat derang lappy tu, time tu jugaklah dia macam tengah ada konflik gila dengan game yang derang tengah SEMANGAT main tu. Dah macam derang pulak yang kena bertarung maut dengan game tu. Yang aku punya hal .. nak kena bertarung dengan cikgu-cikgu kalau tak siap homework.. x pikiaq? HAHA. ((memang budak kecik tu boleh pikir pun kan, akma?))

Heii... kalau dah main tu pulak tak ingat nak kluar bilik. Kema rasa derang memang kalau boleh nk hidup kat dalam bilik selamanya. Mestilah orang fikir macam tu. Nak buang air kocil pun .. derang akan cakap, '' alaa...rasa nak terkencing la pulak.. '' ((maaf bahasa kema kureng sikit))
Haaaaaa... nampok dok?? Betapa depa takmau keluaq dari bilik tu !  


Lagi.. derang keluar hanya untuk makan. makan. dan makan. Agaknya, kalau boleh makan hanya dengan duduk dalam bilik sambil ligat melayan game.. mesti derang yang pertama yang akan buat. ((ishhh.. ngutuk adik sedara nampak...)) HEHE. bukan apa. aku geram. geram dan geram. Tapi, tajuk kali ni kan pasal derang sooo.. cakaplah apa-apa pasal derang kan?

But sometimes, kema suka jugak join derang main game. Got nothings to do. Soooo.. joinlaa.. Bukan susah. Duduk je kat tepi derang cakap nak join. but ada satu hari tu kan.. kema kena halau. Rasa terhina?? dengan budak-budak?? ouh...that is so not me. kema berkeras jugak nak main,.sekali bedebek! BODOH keluar dahhhhhhhhhhhhhh .... kan dah... ((lain kali berkeras lagi nak main dengan budak-budak))

Jadi,... kema bukan apa post pasal derang. Saja nak berkongsi. Dan berkongsi ni juga untuk dijadikan sebagai pengajaran sesama kita. Jangan terlalu marah terhadap sesuatu. Bila rasa nak marah tu, ingat balik.. derang ni bebudak. Manalah nak paham. Kalau derang dah besar mesti derang tak buat mcam tu. ((mungkin buat lbih teruk lagi. HAHA)) ok.. tak lawak. 


Apa-apa pun.. kalau korang rasa bengang on any little cute thing, remember this. HAPPINESS is forgive to anyone that makes u feel angry.


ok? dan banyakkan istighfar bagi meningkatkan kembali kesabaran, insyaa Allah. dan lagi.. boleh baca doa ni ' hasbunallahu wani' mal wakil '.

Be patient,you get something - PAHALA.
Be patient b'cos think how patient Allah has been with us all the time.


Done! wassalam..


Jumaat, 19 Disember 2014

VICTIM SPIYEMM '15


Sungguh aku tak percaya. SPM? Really? Next year.. tak yah nak next year sangatlah kema. berapa hari je lagi  nak ke tahun depan tu. hmm.. banyak lagi subjek yang tak expert ni. eceh.. EXPERT kunun... mana nak datang expert kalau kau sentuh buku pun tak nak? Haip..apa kema dok kutuk diri sendiri ni?

Aha. Whatever la kema oii .. (( letih melayan diri , harap faham )) Aku dah macam apa je cuti ni. Homework? tak payah taip lah jari... Kan kena bagitahu kat sini. HAHA. Lawak sangat~ Ya Allah, like seriously for the first time aku malas gile time cuti akhir tahun. Homework bertimbun kat atas meja, kema. But kau still dengan lappy kesayangan kau ni. Kau rasa .. bahagia ke kalau aku tak luahkan apa yang aku rasa kat dalam chengta hati - BLOGGY ni haaaaaaa ??

Haritu dapat result. Ya ampunn .. berjanggut putih aku tunggu. Punyalah lama nak sampai dan punyalah banyak idea-idea jahat keluar dalam otak ni. Bukan jahat yang macam bunuh,ragut smua tu. Ni jahat yang menjatuhkan keyakinan diri aku. 

' Tah - tah .. my result is too bad tak? '

-Ye la kut . . sampaikan abang hantar surat pun tak sanggup nak hantarkan. HAHA. ~Posmen~

' Ke...... cikgu tak sanggup nak tanda kertas kau and finally end up with no result at all .. '
-Argh.. biar betul? Takkan teruk sampai cikgu tak sampai hati sanggup nak tanda kertas exam aku???????? 


Hari demi hari menanti surat sampai. Finally, last week baru dapat. Alhamdulillah.. dapat jugak. Barulah terhapus semua idea-idea buruk , hodoh , tak cantik , dan yang seangkatan dengan perkataan tadi dari dalam kepala hotak aku. Ouh.. Syukuur..

But ......................... the result is not too bad.. but too too bad. Allah hu rabb.. Sedih hati tak terkata. Nak buat camno layi? Haaa.. Ambik! Keluar dah bahasa nogori yang memang aku hancur gile bila bercakap. HAHA. Nak menyesal sudah tiada guna. Apa omputih kata? Let The Past Be Past. AHAH. Nampak tak ?? Nampak tak kema yang knowledge in English is sooooooo teruk? Abis tuu? Nak buat camno layi? HAHA, Ok aku gurau je tadi.. actually the real word is  Let Bygones Be Bygones .


Walau pun result aku tak begitu membanggakan diri aku (( eii..kema! tak baik bangga diri. huhu ))
Tapi, aku bersyukur at least for the last semester ni aku tak fail any subjects. Alhamdulillah.. tapi, aku tetap sedih sebab dah buat ibu rasa kecewa dengan aku. Yelaa... ibu dah keluarkan banyak duit untuk kau , kema. Everything for you. She willing to suffer herself to gives u the best. Arghh... Sedihh..


Apapun.. aku terima dan aku berdoa moga aku akan berubah. And I really need to change not tomorrow but now. Rindu korang.. Harap boleh jumpa sebelum balik maktab nanti.

Terlalu ramai untuk  taip nama korang. ^_^

End up here. Homework memanggil. HAHA mintak maaflah sebab title entry tak secocok macam pinang dibelah dua dengan isinya. *senyum tunjuk gigi*

Rabu, 3 Disember 2014

HELLO BLOGGY !

Assalamualaikum..

harini aku xde banyak benda nak cakap tapi aku rasa nak elaborate everything bagi nampak panjang lagi lebar. haha. biarlah..asalkan aku bahagia.

takde apa2 perubahan pun yang berlaku pada aku. still orang yang sama.
x tahu la pulak kalau ada perubahan. it just that, pada pandangan aku sendiri.. aku x berubah.
still gila. still malas. still selfie. a BIG HAHA should be there.

Allah.. letih yang teramat sangat dengan dunia asrama. WAAAAA!! perkataan ASRAMA makes me feel..... worse! Allah je yang tahu apa aku rasa. banyak sangat dugaan duduk sana.
Kawan? Lawan? Sedih? Homesick? Sakit? Jiwa kosong?? everything happened there - in ASRAMA.
aku rasa hilang kawan sebab normallah masuk asrama kan? kawan baru.. kawan x sesuai.. apa lagi?
alaaa...senang cerita apa-apa pasal kawan semua take time.mana ada yang zupp macam kilat - muncul secara tiba-tiba. aneh kan kalau ada?

Lawan? apa yang aku tahu .. pasal lawan ni semua at first je. lama2, lawan yang aku ada time kat asrama.. itulah yang jadi kawan aku sekarang. Allah tahu apa yang terbaik dan aku percaya kalau ujian yang terpaksa aku hadapi sekarang dan bila-bila masa nanti pasti mempunyai hikmah disebaliknya.

Sedih? sedih sebab homesick.. Homesick? homesick sebab rindu.
Rindu rumah.. rindu mama,ibu,abah,ayah.. rindu kawan.. and of course rindukan Adam..!! budak techik tu. Allah.. rindunya dia. tak balik sebulan lebih dah tengok banyak perkembangan tentang dia. dia dah pandai cakap dah sekarang. but manja dia tak hilang. aaaaa...dah start dah nak rindu dia.

Jiwa kosong? ini berlaku sebab khilaf aku sendiri. bila jiwa kosong .. nak call family. duit syiling ada. tapi, public phone pulak hampehh.. menangis tak berhingus lah crite dia.
kenapa aku kata ni khilaf aku? sebab.. sepatutnya bila sedih,gembira,jiwa kosong atau apa2 perasaan sekalipun yang aku rasa.. aku patut kembali dan ingat kepada Allah yang Satu.
Dan alhamdulillah, staying in asrama jugak bagi aku.. bagi benefit baliklah pada aku. sebab jiwa aku alhamdulillah terjaga. ada ceramah. adanya solat berjemaah. ada apa lagi? banyaklaaaa..
and semua tu bagi banyak sangat kebaikan untuk diri aku.

and seperti biasa.. aku manusia.. lumrah seorang perempuan menyukai lelaki. dannnn... that special someone is... unfortunately dah berpunya. haha. aku insan biasa. x special mana. siapa nak pandang.
tapi kawan baik aku selalu pesan kat aku..
' simpanlah perasaan tu baik-baik. save for the best,for your incik suami '
and again alhamdulillah,aku dikurniakan kawan sebaik dia. dia yang selalu ingat untuk aku tak layan sangat perasaan cair-cair ni semua.

terasa lebor .. panjang .. aduan aku harini. maaf blog. kau dah jadi tempat aku luahkan perasaan. XD.

#allahumma solli a'la muhammad wa a'la alihi wasahbihi wabarik wasallam.
#laila ha ill lallah
#rabbi yassir wala tua'ssir rabbi tammim bil khoir

wassalam.. :)

Selasa, 28 Januari 2014

KEhidUpAN TOnggaaNG LanGGanG

Allah hu rabb,..
homework menimbun ! addicted to game ! sikap bertangguh aku yang x mampu ditapis !
COOOO...BAAN~
Aku dh try untuk biasakan diri aku dengan 'suasana' baru ni. sejak naik form 4, aku bukannya makin rajin, makin malas ! ya Allah, apa nak jadi dengan aku nii? Homework x siap je,.. tiru.. tiru je comfirm x siap. -.-''
Bila aku nak berubah? soalan yang ni .. aku rasa aku xde lagi jwpnnya. tapi, hati kecil aku ckp. aku akan berubah!! yeah! come on TM.. kau boleh ! Allah tidak akan menyusahkan sesiapa dan kita sendiri sebagai hamba dia yang harus berusaha untuk memudahkan setiap ujian yg Allah beri. Just follow the flow ..

Esok,result MRSM nk kluar. kalau dapat, syukur sgt. jangan aku buat hal macam form 1 dulu sudahh.. :D kalau tak dapat un aku syukur jugak.. belajarlah kat mana-mana sekalipun, kalau kita ada kemahuan nak belajar, nak improve kekurangan diri, insyaa Allah, Allah akan permudahkan segalanya untuk kite. ehehe.

EvErYoNe Is An AcHiEvEr ^^V


Fight ! Gambate ! Chaiyokk ! USAHALAHHH !
dont ever2 trying to give up b'kos Allah never give up on u, TM.
raise your hand and ask Him ease everything for u. 

Hopefully, aku akan berubah secepat mungkin. kalau terus menerus macam ni. macam mana aku nak maju? nak jadi apa? cikgu? doktor? engineer? forget it TM kalau kau langsung x nak berubah.
balik sekolah makan, tdo.. bgun blik.. tgok tv. until when TM ? Kesengalan aku dah terlebih cukup. take note TM ! MORE THAN ENOUGH .. sampai bila ?? sampai bila ?? kalau orang lain boleh, tiada yang mustahil untuk kau , TM ! 

Panjang berjela nasihat untuk diri.. KAU~
*Jangan nasihat je berjela.. Berubahnya tak jugak* ayat ibu

Rabu, 15 Januari 2014

Hari-Hari di Sekolah

ok.. alhamdulillah, aku dapat masuk kelas sains. ( itu bukanlah harapan aku actually) aku tak kisah pun kalau dapat kelas lain AS LONG AS kawan aku ada .. hmm..

sekarang dah masuk minggu ketiga aku kat dalam kelas 4sc1. oh.. because the 1 is there, aku betul-betul rsa nak pecah kepala. cikgu-cikgu semua mcm bas ekspres. Nope ! they are just like kapal terbang tu haa.. *nampak tak? betapa lajunyaaaa!!

aku faham, bila dah study subjek2 yg agak mencabar akal ni.. kenalah ekspres sikit. sebab subjek2 ni bukan hanya 2 3 bab. tapi lebih dari 5. setiap bab pnjg berjela pulak isinya.

buat masa sekarang, aku still bleh buka mata kat dalam kelas tu. HAHA! *nampak tak aku mcm prnh tdo? huhu.
aku ni mmg kuat pelupa. *ada satu hari tu, aku cari pemadam (sungguh2, abes satu beg aku selongkar) padahal, pemadam tu ada kat tangan aku. so, tmbh satu lagi. aku bukan kuat lupe je, tp jgk buta benda..
phone aku yg bru beli tu.. hmm.. tak smpai sebulan aku pakai dh buat hal. tak thu la apa salah aku.. hhaha!! dia dh mati, dia x mhu hidup dah even aku tekan button switch on lama2. aku x sempat nak gali kubur utk dia pun.. hmm.. *xD.. hihi. menggila~

itu je laaa utk hari ni. battery lappy ksygn aku pun dh nk mati jgk. haih.. apakah.. (-,-'')

Khamis, 7 Februari 2013

:D

Assalamualaikum..   :)

Wohoo.. dh lama x update blog. sunyi,bersawang,berhabuk,bersepah,dll. hehe. sebijik macam *my bilik laaaa..

Actually, many bad things happen almost everyday.:( *bajet pandai bi~ hancorr!! paham ke?buat2 phm yer?
Teruk macam mana pun hri aku,.. aku akan cuba sehabis baik pretend to be ok infront of 'them'. Nasib lah katakan.. Kebetulan hari ni, aku dengar ceramah kat radio Perak FM, thu psl apa? about hati kecil and hati besar. Firstly when i heard the topic,.. (BLURR) hahah! Serious! HATI KECIL HATI BESAR? haha. watever.

Even pelik, aku buat-buat paham ajelah dengan topik petang tadi. Aku dengar dengan penuh teliti.  *ceyt,.. ayat poyo jerk. Actually, the true is.. i dah ber'day dreaming' dh time tu. sian kan? hahah.

Fathin, (kwnku.. :))
I really2 miss u. I wonder how are u looking now. haha. Don't take heart ok? *jgn ambil hati
Fathin, I'm sorry for everthing i've done before this. I am just a non-perfect girl. Juz..i wanna let u know that you will always be my friend till akhirat(JANNAH). Insyaallah. Hoping that you'll always be happy there.
EVERY THINGS HAPPEN WITH REASONS.. setiap apa yg berlaku PASTI ada hikmahnya.


...................................................
(>_<) (>_<) (>_<)
 
(-_-) (-_-) (-_-)

(^_^) (^_^) (^_^)
...................................................



Take a breath sekejap.. haha.
"Fathin, thanks 4 everything. If ade something yg nk dbritahu.. just call me ok? My phone sentiasa bersedia menerima pggilan drpd CIK Fathin COMEL tuu.. jangan kembang.!" :D
Hoping my day after this will be like the smiley.berubah. Insyallah,.. i need your support.


jantung aku mcm ni laa.. hancorr...
haha! x boleh nk pam drh. mati trus~

 ***** FATHINNURSYAKIRAH, thanks 4 d beautiful pic.. :D